Monday, January 30, 2012

:: DiLeMa GuRu BaRu ::

heh3..untuk pengetahuan semua, dah 3 minggu aku bergelar pendidik. SJK(C) Sungai Buloh adalah sekolah pertama aku..sekolah neh agaaak OK laaa=) rakan sekerja ok, murid2 lak..emm susah nk ckp. mungkin aku guru baru, diorang wat endah xendah ja. i tak harapkan setiap kali u guys terserempak dgn i, u guys tunduk hormat. cuma tolong..bila setiap kali seorang guru baru berikan arahan, tolong patuhi arahan tersebut. i tak suruh u guys BISING atau BERJALAN sana sini..mcm dalam kelas tu takda cikgu. peeps, i bukan bercakap dgn dinding atau dgn kipas..atau dgn kerusi meja beb..obviously, i'm talking to you!!ohh man..
tapi aku bersyukur sbb masih ada segelintir student yg ok, hormat, sweet2 gitu dan comel=) hehe.

dahla selama 2 minggu persekolahan neh aku relief class ja, timetable dh dpt..tapi xdiberi kebenaran untuk mengajar lagi. hahaha..pelik kan=D? kot diorang tgh shuffle jadual 2h kot. takpa la..aku tunggu, mood nak mengajar dah membuak2 ni. aku dah bosan asyik relief class ja. budak2 tu pon dah naik muak dah apa tgk aku masuk kelas diorang hari2. hahaha..nasib hampa la bdk2 ooii..sapa bising memang kena berdiri la. masa tu baru tau nk duk diam. 2h ja cara yg paling berkesan setakat ni. hampeh!!

tapi aku sendirik pon tgh cuba sesuaikan diri dgn suasana & persekitaran sekolah neh. aku cuba mengingati kedudukan kelas2 di setiap blok. ya la..setiap darjah ada 7 kelas kot kalau xsilap. tu pon nasib baik tahun 1 dan 2 sesi petang. kalau x lagi haru aku nak menghafal kelas. hehe..tapi yg aku perasan kat sjk(c) neh, diorang punya sistem & persekitaran belajar tu lain kan. antara yg aku blh senaraikan kt sini:
1. lampu wajib dibuka sepanjang masa (kalau keluar kelas waktu rehat, pegi makmal ka, padang ka..barulah lampu tu akan ditutup). masa mula posting dulu, aku tak tau pasal ni, pastu suka hati ja aku suruh budak2 tahun 3 tu tutup lampu. hahaha..kononnya xnak membazir la kan. pastu odway blk ke staff room baru perasan, semua kelas tgh pasang lampu walaupun ms tu tengahari=D hehe. aku yg malu sendiri, patut la budak2 tu tercengang2 ms aku suruh ttup lampu td. hehehe

2. guru wajib memberi latihan & murid wajib membuat latihan setiap hari. (BM ada 5 jenis buku dan setiap buku tersebut mesti digunakan pada setiap minggu)

3. kedudukan murid di dalam kelas (hanya ruang tengah sahaja yg digunakan, manakala ruang tepi berhampiran tingkap & pintu dibiarkan kosong. mungkin cara ini diambil bagi memudahkan semua murid mudah melihat apa yg tertulis di papan hitam. bagus kan=) masalah silau dpt diatasi.

4. selalunya kebanyakan subjek akan diajar oleh guru kelas bagi kelas itu sendiri. maksudnya, Cikgu Beh adalah guru kelas bagi tahun 4 Merah. jadi kebanyakan subjek seperti BI, Matematik, P. Seni, Sivik, PJ akan diajar oleh Cikgu Beh terbabit. tapi selalunya cikgu melayu takkan dipilih memjadi guru kelas disebabkan faktor interaksi & komunikasi. lain bangsa lain budayanya kan=) jadi aku ditugaskan menjadi guru subjek sahaja, disamping menjadi guru B.Inggeris aku juga diminta untuk mengajar BM & P.Seni. walawehhh..melukis la aku pasni. hahaha=D

5. murid-murid juga lebih bebas untuk keluar kelas ketika P&P berlangsung (untuk urusan penting seperti ke tandas, beli buku pen pensel, jumpa cikgu, siram pokok, dll). pas keluar kelas pon ada banyak..enam. hehe. kalau SK ada 2 ja pas keluar kelas tu. sbb tu la aku agak terpaksa benarkan budak2 tu keluar kelas (4,5 orang dlm 1 masa) sebab aku tgk pas keluar tu ada lebih lg. hahaha..ngekk btl=D

6. murid2 lebih bebas dalam berpakaian. maksudnya kalau diorang nak pakai uniform sekolah dgn kasut sukan pon xpa. tak menjadi 1 kesalahan kot=D

7. cikgu2 juga lebih bebas dalam berpakaian. ada yg pakai jeans lagi masuk mengajar, pakai t-shirt dgn sandal ja. susah nak jumpa cikgu yang bermekap bagai kat sekolah tu. memang berbeza sungguh dgn SK=) yg mana cikgu2nya lebih jangak & suka bergaya. hehe..jgn marah yer cikgu2 SK=D sy hanya membuat pemerhatian & analisis tentang sjk(c) yg begitu banyak perbezaannya dgn sk.
*

*

*

dan, yg ke 8:
 seriusly, buat pertama kali aku rasa mcm bodoh..yup, aku rasa macam bodoh semacam ja bila masuk kelas hari2. sepatutnya cikgu mestila lebih pandai dari student kan. tapi napa aku rasa semacam ja, bila budak2 tu tengok2 aku..bisik2 lam Mandarin depan aku, gelak2. tapi aku tak faham apa2=( aisehh..aku rasa down sgt mula2 dulu, tapi aku bantai ckp English..baru diorang cuak skt. mungkin bg budak2 tu cikgu melayu neh tau ckp melayu ja kot. huhu..
harap semua yg aku kongsikan kat sini dapat menjadi sedikit panduan bagi guru-guru baru. semoga anda lebih bersedia & dapat menyesuaikan diri dgn suasana, iklim & persekitaran sekolah dgn lebih cepat & baik. tak macam aku..mcm terkejut beruk ja bila mula2 posting kat sini. duk tercangak2 sorang2..nasib baik la ada Kak Nik, Kak Anis, Kak, Umi, Kak Rohani & Ust. Fatimah yg banyak mengajar selok belok, menjadi rakan sekerja yg baik & ramah serta membuatkan aku lebih seronok menimba pengalaman mengajar di sini. Terima kasih oh akak2 ku semua=) hehe..jumpa esok taw..sekian
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: